Oleh: Jabatan Perancang Bandar dan Desa | Foto: Jabatan Perancang Bandar dan Desa
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 03 September - Dari 7 buah syarikat dan 3 orang individu yang telah diberikan amaran, 1 buah syarikat telah
dikenakan denda kompaun kerana tidak mematuhi amaran pihak yang berkuasa dan telah
melanggar Peraturan – Peraturan Perancangan Bandar dan Desa [Komposisi Kesalahan], 2018 iaitu
meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang-barang di kawasan letak
kenderaan bagi salah satu premis perniagaan di Mukim Berakas.

MELETAKKAN, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang-barang di kawasan letak kenderaan merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan denda kompaun.
Selain dari mengubah penggunaan
dan mengurangkan jumlah petak letak kenderaan bagi premis perniagaan berkenaan, kegiatan
seperti ini juga telah menjejaskan nilai aestetik dan kecantikan kawasan-kawasan.
Kesalahan tersebut telah dikenalpasti semasa operasi Kemas (OPKEMAS) yang dijalankan oleh pihak
Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa di Daerah Brunei-Muara pada 30 Ogos
2025.
Untuk makluman orang ramai, denda bagi setiap satu kesalahan adalah sejumlah wang tidak
melebihi $500.00 dan diberikan tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk
menjelaskan denda-denda tersebut.
Pihak Autoriti Perancang melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan
mengingatkan orang ramai khususnya syarikat dan pemilik-pemilik bangunan perniagaan dan
industri untuk sama-sama sentiasa mematuhi undang-undang perancangan bagi memastikan
keindahan, kebersihan serta keselamatan kawasan perniagaan di Negara ini untuk sentiasa di jaga.
Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline Jabatan Perancang
Bandar dan Desa di talian 8200222.